Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Sunday, February 12, 2012

THE NEW ONE #2

 PART 2 : HERE WE GO!



   “Alamak kenapa sekarang dia nak datang? Macam mana nak buat ni...”, Fahmin mula cemas. Memang kedatangan orang itu hanya nak tanya dia satu perkara saja. “Fahmin! Sewa bulan ni mana? Masuk bulan ni dah dua bulan kau tak bayar sewa! Cepat bayar sekarang! Kalau tak aku suruh orang-orang aku buang semua barang-barang kau sekarang jugak!” Pak Man memang terkenal  dengan kegarangannya bila mula menuntut sewa rumah. “ Saya akan bayar, tapi bukan sekarang. Kalau minggu depan Pak Man datang boleh tak? Saya akan bayar. Tapi Pak Man janganlah menjerit kuat sangat nanti malu saya dengan jiran baru kita ni” Fahmin mula berasa malu dengan perempuan tersebut.

            “Mana? Jangan nak tipu. Takkan orang baru  nak sewa rumah aku, aku tak tahu. Dah-dah jangan banyak. Minggu lepas dah cakap macam tu...ap shhh-shhh, ingat aku budak ke apa shhh, shhh apa?!”, Fahmin mengisyaratkan tangannya ke arah perempuan tersebut. Pak Rahman segera ternampak perempuan tersebut, segera  ton  suaranya mula berubah “Ya, dik. Baru pindah ke? Kenapa tak cakap dengan pak cik nak sewa rumah kat sini?” Pak Man menghampiri rumah tersebut untuk berkenalan dengan penyewa barunya itu. Perempuan itu tadi yang sememangnya sudah melihat adegan drama tadi mula berasa takut dengan Pak Man.

                 “Saya sewa rumah ni dengan Mak Pia. Macam mana pak cik boleh kata rumah ni rumah pak cik?”, perempuan tersebut memerlukan kepastian.  “Eh ni memang rumah pak cik semua rumah kat kawasan ni rumah pak cik. Orang panggil pak cik Pak Man. Emmm, namanya siapa?” Pak Man mula menggunakan strateginya. “ Saya Alia datang dari Kelantan” jawabnya dengan lemah lembut tanda hormatnya dengan orang tua walaupun dia sebenarnya agak takut dengan Pak Man yang mudah berubah sikap macam tu. “ Ooo, orang Kelantan rupanya. Patutlah lawa”. Fahmin mula tak senang hati dengan sikap Pak Man, “ Ish Pak Man ni, mulalah tu tak ingat bini. Aku kena buat sesuatu ni. Dengan perempuan lawa lembut ja dia cakap. Dengan aku kasar ja”, bisiknya dalam hati.

                “Eh, Mak Pia! Bila sampai? Sihat?”, Fahmin sengaja meninggikan suaranya supaya didengari oleh Pak Man. “Ha, Mak Pia! Mana? Mana?”, Pak Man yang mula berasa cemas dengan 'kehadiran' isterinya itu mula cuba menyembunyikan diri dalam kotak barang-barang tersebut. “Eh-eh Pak Man. Jangan. Rosak barang saya”, Alia cuba menghalang Pak Man tersebut. “Kau memang tak guna la Fahmin. Berani kau tipu aku. Tak apa lah dik. Pak Man balik dulu ye. Fahmin! Aku datang minggu depan. Kalau kau tak boleh bayar lagi siap kau aku kerjakan” Pak Man mula berlalu dari kawasan tersebut dengan menaiki kereta Kancilnya itu. 

     Fahmin mula ingin berkenalan dengan perempuan jelita tersebut. “ Awak! Awak nama apa? Saya Fahmin!”. “Saya Alia!”. Maka bermulalah perkenalan antara dua insan yang langsung tidak mengetahui akan nasib mereka berdua di masa hadapan. Adakah membawa kepada kebahagiaan atau..... “ Awak! Terima kasih ya!” Fahmin terus masuk ke dalam biliknya.  Alia kebingungan kenapa Fahmin mengucapkan terima kasih kepadanya? “Hmmm baguslah secara officialnya aku dah berkenalan dengan orang yang tak berapa betul ni. Silap-silap aku pun boleh jadi tak betul”.  “Alia bercakap dengan siapa tu?”, ibu Alia keluar setelah dia selesai menunaikan solat Zohor sebentar tadi. “ Tak ada apa-apa mak. Lia dah berkenalan dengan jiran-jiran kita ni mak. Macam-macam ada mak”, Alia berkata sambil tersenyum seperti menyembunyikan sesuatu. ‘Macam-macam?” ibunya berasa pelik dengan jawapan anak kesayangannya itu. “ Tak ada apa-apa. Mak masuk dulu. Rehat. Sikit ja lagi ni” Alia memimpin maknya dengan penuh kasih sayang masuk kedalam rumahnya. Dia segera menyambung kerja-kerjanya.

                Sementara itu, di dalam biliknya, Fahmin mula ingin  membuat ceritanya. Niat dia sememangnya ingin menolong perempuan tersebut.  Tetapi melihatkan perempuan tersebut macam tinggal seorang saja dia tidak berani mengambil risiko. Takut kena tangkap basah! “Ish, ni malas ni. Tiba-tiba rasa bersalah pulak tapi dia macam duduk seorang ja. Aku lelaki. Mana boleh. Tapi aku akan rasa bersalah pulak. Tak boleh jadi ni. Esok aku mesti jumpa dengan dia. Baru hilang sikit rasa bersalah aku ni. Buat masa sekarang baik aku fokus dengan cerita aku ni”, dia seperti tidak mahu melepaskan idea yang  baru datang sekejap tadi. Dia mesti siapkan  cerita tersebut.  “Aku akan buat cerita ni secara berepisod", Fahmin segera duduk di meja kerjanya. "Milo dah ada. Laptop dah ready. Lagu pun dah ada. Let’s do this.  Bismillahirrahmanirrahim. Here we go!”
CERITA APA YANG AKAN DITULIS OLEH FAHMIN?
NANTIKAN PART 3!! BILA? TAK TAHU...HAHAHA!!!!
~ TO BE CONTINUED ~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...