PART 1 : BOS!! AHA! IDEA!
“Salakan anjing pada pagi itu telah .............................. ......................”, “ Arghhhh!! Apa aku nak tulis ni. Ish! Dahlah dia bagi aku masa tiga hari ja nak suruh aku siapkan cerita ni. Ingat senang ke nak tulis cerita”, Fahmin teringat kembali meeting yang berlaku antara dia dengan ketua editornya pada tiga hari yang lalu. “Fahmin! Awak kena ingat. Majalah kita, The Readers selalu menampilkan cerita-cerita yang menarik untuk pembaca kita. Takkan awak nak suruh saya publishkan cerita mengarut awak ni? Tak menarik langsung tau tak?!” marah betul Encik Ammar Danz kat dia. “Sebab tu saya buat cerita mengarut ni. Asyik keluar cerita menarik ja. Cuba kita keluarkan cerita tak menarik pulak. Macam mana? Bagus tak idea saya? Saya buat cerita ni sebelum subuh lagi masa pagi tadi. Bila saya bangun saya dapat idea saya terus buat. Sebab tu nampak macam mengarut sedikit tapi boleh jual bos”, Fahmin cuba sedaya upaya memujuk bosnya itu. Dia memang perlukan komisen minggu ni jugak untuk bayar sewa rumah dia. Kalau tak...faham-faham sendiri jelaa. “Tak boleh! Cerita ni tak boleh dikeluarkan dalam untuk bulan ni!” Encik Ammar Danz masih lagi bertegas tak nak keluarkan cerita tu. “Bulan depan?”, Fahmin cuba membuat muka comel depan bosnya tu tanda rayuan untuk cerita dia. “Sampai bila-bila. Dah! Saya bagi masa seminggu ja untuk awak buat cerita baru. Cerita yang menarik untuk saya baca dan semua orang. Kalau tak saya potong gaji awak...bla bla bla” Fahmin mula memekakkan telinganya. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang terbang lalu hinggap di atas baju bos ‘kesayanganya’ itu. Lebah! Tanpa fikir panjang dia terus ambil kopi panas di atas meja kerja bosnya dan....splash! “ Fahmiiiiiiiiiiiiiiiiiin!!!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Kejadian yang berlaku pada hari itu telah memberi masalah yang lebih besar lagi kepada dia. “Tak pasal-pasal daripada seminggu jadi tiga hari. Macam mana dia dapat cari nafas menjerit panggil nama aku. Dahlaa panjang lama pulak tu. Yang aku pun satu, kenapa laa aku pergi cuahkan air tu kat baju dia. Baik aku biarkan ja. Biar dia kena sengat dengan lebah tu. Eh tak boleh, tak boleh. Tak baik aku doakan kat dia macam tu. Dia dah banyak tolong aku selama ni. Aku kena fikir. Aku kena fikir”, Fahmin masih lagi cuba sedaya upaya untuk mencari idea untuk memenuhi permintaan bosnya itu. Dia buat semua ini sebenarnya atas rasa tanggungjawab dan ingin membalas budi Encik Ammar Danz yang banyak menolongnya semasa dia baru sampai di Skudai, Johor ni. Mencari pekerjaan dan tempat tinggal untuk dia sudah cukup untuk dia berasa bertanggungjawab untuk membalas budi bosnya itu.
“ Eh bunyi apa pulak tu? Bunyi lori pun ada. Ada orang pindah rumah ka?”, dia pergi jenguk melalui tingkap untuk melihat sesiapa yang dah nak pindah masuk ke kawasan rumah teresnya itu. Tiba-tiba saja dia ternampak seorang wanita yang sangat cantik lagi jelita sedang sibuk memunggah barang-barang ke rumah barunya itu. Berpakaian tudung dan memakai baju lengan panjang lagi labuh, cukup untuk menutup aurat lagi menyejukkan mata sesiapa yang memandang. Ditambahkan lagi dengan wajahnya yang nampak seperti wanita yang lurus bukan lurus bendul tetapi wajah yang sungguh ayu. Terpancar seri wajahnya kea rah Fahmin. Fahmin terpaksa memakai kaca mata hitam untuk melihatnya. Terdengar bunyi gesekan biola yang datang menerpa ke telingnya apabila dia melihat wanita itu. “Oh, muzik apakah ini? Sungguh indah. Sungguh menggamit kalbu. Sejak bila aku jadi jiwang ni? Adakah ini muzik yang menandakan aku sudah jatuh cinta? Tak mungkin”, Fahmin begitu asyik melihat perempuan itu sehinggakan tidak sedar bunyi muzik itu sebenarnya datang daripada rancangan muzik yang disiarkan dalam televisyennya.
“Aha! Aku dah dapat idea macam mana nak buat cerita tu. Hahaha! Hahaha!”, gelakannya begitu kuat hinggakan boleh didengari wanita tersebut, “Haaa sudah. Aku akan berjiran dengan orang gila ka ni? Ni rasa macam nak pindah rumah lain pulak ni”.
“Woi, Fahmin!”, tiba-tiba satu suara yang sangat keras muncul. Fahmin terkejut dengan kedatangan lelaki tersebut. “ Alamak kenapa sekarang dia nak datang? Macam mana nak buat ni..?
~TO BE CONTINUED ~
P/S : EKCELI NIH ADALAH KARYA SAHABAT AKU, FAHMIN ISMAIL. SO, ENJOY AND MORE EPISODES WILL BE PUBLISHED. ADIOS ;D
- Nak baca yang 2nd? TEKAN SINI
No comments:
Post a Comment