Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, February 25, 2012

73 FIKRAH | CUKUP SEKADAR SYAHADAH?

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed


oke. aku rasa macam agak janggal sebab aku dah macam putus fius sekarang. semua gara-gara secretion of adrenaline hormones yang terlalu banyak dirembeskan disebabkan oleh jelingan jelingan ke kalendar dan juga mulut-mulut puaka yang tak habis habis nak countdown hari results. ==' aku cuba untuk berlagak cool dengan sentiasa letak muka dalam peti ais dan keep tweeting all those POSITIVE thoughts. pity on me. oke abaikan. ekceli, aku ada banyak usha-usha videos about all those fikrah in islam. yes, nabi muhammad which is 

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah.[1]

btw, each fikrah akan cuma membenarkan mazhab atau aliran masing-masing. ekceli banyak videos pasal debating between all the SHEIKHS in theirs own sect. sebagai contoh, between an Ahmadi scholars with a Sunni  scholars, a Shiite scholars with a Sunni scholars and even about a Druze sect which is had been a mystical sect ever.  memang ada banyak usaha nak mendamaikan semuanya. tapi, bagi aku penyatuan nih takkan pernah berjaya sebab apa yang membezakan antara satu sama lain ialah dari segi akidah dan bukannya permasalah furu'.  cuba bayangkan analogi nih, air dan minyak walaupun sama-sama sejenis cecair, takkan mungkin depa bersatu. it is due to DENSITY. aku tertarik dengan kata-kata yang aku jumpak dalam satu forum nih 

Ada banyak aliran yang memuji dan bersujud kepada Allah di Makkah dan
menziarahi Madinah walaupun sebahagian mereka bukan Islam. Ia tidak bermakna
aliran yang sesat jadi benar hanya kerana memuji Allah di depan Kaabah.


Seperti Syiah Druze, mereka memuji Allah dan pada masa yang sama tiada
solat, tiada zakat, tiada puasa dan tiada Qoran. Mereka juga memuja Abdul
Rahman sebagai jelmaan Tuhan, Nabi Isa dan macam-macam lagi. Apabila mereka
ingin ke Makkah atau bekerja di Saudi, mereka berpura-pura jadi Muslim. Di
hadapan Kristian di Syria, mereka jadi Kristian. Di Israel mereka jadi
Yahudi. Apabila tiba di Masjid Umawi membawa pelancung, mereka ikut solat
sekali. Fahaman Druze adalah pecahan daripada Syiah Ismailiah semasa
pemerintahan Fatimiyah di Mesir. Adakah mereka ini Muslim walaupun sujud
pada Allah di Makkah?


Syiah Alawiyah, juga memuji Allah dan bersolat untuk tujuan Public Relations
dan Diplomatik semasa di Makkah. Sedangkan mereka percaya TRINITY, iaitu
Salman Farsi sebagai Pintu, Ali sebagai Roh dan Mohammad sebagai Jasad. Wine
dan Roti putih adalah suci dan halal bagi mereka dalam upacara agama. Mereka
tiada solat maupun solat Jumaat dan mereka tiada MASJID. Mereka terdiri
kepada 2 kumpulan samada yang memuja Matahari atau kumpulan yang memuja
Bulan. Nak tau kumpulan mana, sila lihat TATOO mereka di tangan kanan antara
jari telunjuk dan ibu jari. Ini bermakna kumpulan Matahari akan menanti
terbit matahari untuk memulakan upacara agama manakala kumpulan Bulan akan
menanti jatuhnya Matahari. Adakah mereka ini Muslim walaupun sujud pada
Allah di Makkah?
Puak Qadyani di Pakistan, India, Bangladesh, UK dan Switzerland menggunakan
nama Islam. Mereka sujud pada Allah tetapi Nabi terakhir mereka adalah
Ghulam Ahmad Qadyani dan bukan Nabi Muhammad. Ghulam juga diakui sebagai
Malaikat Jibrail, imam Mahdi dan Nabi Isa. Mereka mengaku Islam dan pergi ke
Makkah dan sujud menghala Kaabah. Adakah mereka ini Muslim walaupun sujud
pada Allah di Makkah?


Puak Brailvy di Pakistan, India, Kashmir, Bangladesh dan Afghanistan
mengucap syahadah, bersolat, berzakat dan berpuasa serta menunaikan Haji.
Pada masa yang sama mereka juga sujud kepada kubur-kubur para Waliyullah di
Dargah sehinggakan timbul tanda hitam di dahi-dahi mereka kerana
kesungguhan. Ada upacara khas sempena harijadi setiap Waliyullah dengan
gendang, tarian dan syair. Wanita mereka kurang bersolat tapi rajin ke
Dargah untuk mendengar syair-syair kesucian Waliyullah. Adakah mereka ini
Muslim walaupun sujud pada Allah di Makkah?


Puak Syiah Alawi di Turki tiada solat, tiada solat Jumaat, tiada zakat,
tiada puasa, tiada Qoran dan berkumpul setiap hari Khamis dalam kuil
berbentuk Hexagon. Mereka mengatakan Ali adalah Jelmaan Tuhan. Upacara agama
mereka dalam kuil termasuklah bergendang dan berseluring sambil wanita dan
lelaki menari-nari di tengahnya. Di antara mereka juga pergi ke Makkah untuk
berhaji ikut-ikutan. Adakah mereka ini Muslim walaupun sujud pada Allah di
Makkah?


Puak Syiah Jaafariyah Vohra di India, Pakistan dan Afrika Selatan yang
mensucikan setiap Imam mereka yang hidup sebagai maksum dan jelmaan suci.
Mereka mempunyai berbelas-belas jenis zakat yang dibayar pada Imam mereka
ini. Menjadi rutin menziarahi setiap perkuburan sesiapa saja yang dimuliakan
di seluruh dunia. Adakah mereka ini Muslim walaupun sujud pada Allah di
Makkah?


Puak Ismaili Agha Khan di India, Pakistan dan Kashmir yang mensucikan imam
mereka sebagai jelmaan Allah di mukabumi. Adakah mereka ini Muslim walaupun
sujud pada Allah di Makkah?


Puak Syiah Imamiyah yang menghina, mencaci dan mengkafirkan Abu Bakar, Omar,
Osman, Muawiyah, Abu Hurairah, Sitti Aisyah dan lain-lain sahabat. Mereka
juga berjanji untuk membongkar perkuburan Omar dan Abu Bakar dan mensalib
kedua-dua di tengah bandar. Mereka pula mendewa-dewakan Ali, Fatimah,
Hussein dan Jaafar Al-Sadiq dalam pelbagai bentuk dan upacara yang lebih
mirip upacara Hindu. Adakah mereka ini Muslim walaupun sujud pada Allah di
Makkah? Of course not.

kata-kata nih sumpah buad aku stunning. terfikir yang apa yang ditulis. perkara tunjang dalam hidup kita adalah akidah itu sendiri. bak kata pepatah Melayu, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. may ALLAH give His blessing with all His kindness towards AHLUL SUNNAL WAL JAMAAH dan semoga iman dan islam kita tetap terpelihara seperti mana dalam surah al-fatihah, ihdinass siro tul mustaqim. tunjukkan kami jalan yang lurus. so, watlek watpeace. salam alaikum <3


pesanan hikhik : 

 

1 comment:

aisyahshakirah said...

Aidil derek entri bahasa orang pandai2 heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...